23.2.16

Rahsia Perut Kempis Dalam Masa Seminggu!!!!!


Dengar tajuk macam menarik..Tapi menarik tak hasil dan rasanya?hahha kene lah try kan!Sekarang tengah viral resipi untuk hilangkan perut buncit dan kurangkan selera makan.

Kalau bab perut buncit,kaum wanita lagi2 mak2 yang baru je lepas beranak memang jadi igauan ngeri sampai bawa ke mimpi.Mungkin pasangan anda tak kisah,tapi anda kisah,tak pun anda tak kisah tapi pasangan anda kisah..

Yes....sekarang ni memang terbukti sendiri oleh beberapa rakan MG yang petua ini sangat berhasil.Badan jadi ringan,terasa ada rama2 berterbangan di perut..ahahhaks



Apa yang anda perlukan adalah

- 1/2 biji lemon sukehati nak buang kulit atau tak tapi basuh bersih2 dulu
- 4 ulas bawang putih buang kulit tau
- 2 biji kurma nak buang ke tak biji tu terpulang
- Air masak 1 cawan


Blend kan sahaja semua tu...sampai hancur dan sebati.Seterusnya tapis okeh!!!


Taraaa siap dah!!!okeh air tu minum la...MG buat setiap pagi je...Dan serdak2 tu jangan buang tau boleh tepek kat muka jadikan scrub!jimat...tak payah beli2 dah lepas ni..ahahhaha


INFO :
1.Bawang putih meransang penghasilan leptin ( hormon kurangkan selera makan) - tapi disebabkan MG ni breastfeed anak,jadi macam tak berhasil hormon tu sebab hormon estrogen lagi gagah perkasa
2.Kurma memberikan rasa manis
3.Lemon memang banyak khasiatnya terutama untuk kurangkan kolestrol

Cuba lah seminggu,sapa yang banyak lemak mesti buang angin saje...:)

Cuba okehh!!!

19.2.16

Felda Residence Trolak - Diskaun 50%!!!!!


Diskaun 50%!!Dari tarikh 24 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016.Harga Tiket Masuk hanya RM7 (Maksima 5 tiket sahaja)Tunjukkan kad pengenalan untuk bukti alamat kediaman.


haaaaaa haiii semua...ni ade berita baik buat warga Felda Gunung Besout,Trolak Utara,Trolak Selatan,Trolak Timur!!!!Felda Residence Hot Spring menawarkan tiket masuk RM7!!!Diskaun 50% kepada pemegang kad pengenalan beralamat seperti di atas!!

hah ape lagi jom bawa anak2,adik,kakak dan seisi keluarga ke sana!!!

Satu kad pengenalan warga trolak atau besout boleh bawa lagi 4 rakan atau ahli keluarga yang lain dengan bayaran Rm7.00 seorang!










hahahha best tak korang???sebarang pertanyaan boleh hubungi talian +605-4388801 / +6054388803 atau  +6054388805

5.2.16

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH


Oleh : Dato Dr Fadzilah Kamsah






BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH:

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.


Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

3.2.16

SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL



MG terlalu busy sampai tak bukak blog dah seminggu...seminggu jugelah tangan MG ni bagai disiat2 sebab tak update dan blogwalking..haihhhhhhhh sorry pada yang terjah dan singgah blog MG..baru hari ni MG dapat terjah blog kome..
setelah di tag oleh Najwazahid MG pun join lah segmen dari Aina Akmal


follow blog - sudah
follow ig - sudah
follow page - sorry Aina Akmal MG tak de fb..:)


apakah memori yang paling bahagia tahun lepas?

alahaii banyak sangat lagi2 kalau dengan anak2 bujang MG yang tengah melasak dan banyak akal tu...hakikatnya bersama keluarga lah kebahagiaan tu sentiasa ada..tag suami  MG idris saad photography...heheheh

rakan blogger yang MG tag 

fanrdh :) 

hugs,
Mak Garang
 

Mak Garang ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger