15.12.10

amaLan ibu hamiL

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hariberkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semuasurah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
• Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.



14.12.10

daTing sCan dgN dOctoR

ouwhhh baWa baBy daLam peruT untuk di sCan!!!da 11 weeks my baBy ni..aLhamdulillah

da ceK urinE n hb...sume oKey!!

cume beraT badaN turuN 1kG!!!!sBbkan maKan muntah makaN muntah jer!!!!

taPi baBy membesar dgn baiK...dOc cakaP baby Lasak...naK scaN Lari2..so doC susaH nak sCan!!!taPi nurSe tu pegaNg peruT beLLa baRu doC dapaT sCan!!huhuhuh

namPak baBy menendang dan bergeraK dgn baiK....Lasaknye...tp beLLa x daPat raSe lagi 1st kicK babY tu.........

ty doC knP breaSt n raMbut gugUr...dOc kaTe org mengandunG Lain2 alahannyer...jaDi tenangLah hatu ku kaW tau..hahhahahahha

usbenD temaNkan semaLam..huhu bestnYer...and semaLam br dapat kad nikah kaw tau x???da nk masuk 3 bulan kawen..huhuhu

sekarang doc kaTe baBy da cukuP sifat dan biarkan baby membesar dgn baiK!!jgn Lupe..uniform tukaR!!huhuhuh da ketaT da dOc kaTe..hahhaha LPPKN!!!biLe nk bg unifoRm baru niiii

aLhamdulillah n untuk entRy kaLi ni...setaKat ni je lerrr...nk muntah da ni pg td makan nasi goReng...huhuhu..

penanan untuk baby paGi td pegang perut and saYs...:.."babY,duduK dalam ni baik2 ye..mummy n papa sayang babY sgt2!!!"...(agaK2 baby dengar x???)
 

Mak Garang ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger