5.2.16

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH


Oleh : Dato Dr Fadzilah Kamsah






BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH:

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.


Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

10 comments:

  1. betul tu :) zaman sekarang kalau boleh semua benda nak share

    ReplyDelete
  2. Assallammuallaikum..salam ukhuwah dari Indonesia.

    ReplyDelete
  3. setuju juga tu . Culture yang makin lama makin tak nak mengalah , jikalau org sana beli barang 2000 yang sini pon melawan beli barang lebih dr tu . So apa lagi share la di FB . haha
    tak tau kenape . Maybe just me je kot . Kalau share di blog macam lagi proper pula kalau share di FB :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. SD...sebab tu MG deaktif akaun fb sebab letih..semua nak menang..yang tu tegakkan ape amalan dia,yang ni tegakkan apa amalan dia..Allah..sampai kesudah tak habis..:)

      Delete
  4. tu la.. budaya di media sosial... dah macam trend..

    ReplyDelete
  5. Orang dulu berlawan dengan jiran sebelah rumah, sekarang duk berlawan kat FB pula..

    ReplyDelete
  6. Tapi in the end, bergantung pada bagaimana kita control diri sebab FB juga boleh jadi medan dakwah

    ReplyDelete
  7. Bagi saya mgkin cara saya berbeza sbb saya dh set minda...apa org nk letak difb dia letaklah dan saya tak pernah ambik pot...saya sentiasa like tanpa ada apa apa perasaan irihati....jadi kenapa nak terasa dn sya letak apa sahaja di fb sya....sya mem jv akaun...jom be frend fb kami dan anda akan tahu kebenaran sya

    ReplyDelete

 

Mak Garang ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger