23.12.15

Bro Char Kuey Teow Ketam Bro Framestone

semalam mak garang agak tak sihat jadi nye konon tak lalu makan,ntah nafsu ape tetibe teringin makan char kueyteow ..maka kirimlah dekat suami ku idrissaadphotography
mesti semua orang kenal Bro Framestone kan??? beliau dah buka gerai char kuey teow di Lampuneon Cafe,Tg Malim Perak..sapa dah pernah rasa?? sedap oitt sedap tau tak!!

PROMOSI RM10.00 jaaaaaa
Tapii korang kene booking awal tau..sebab ketam ni terhad je..ada permintaan baru beliau beli dan masak...
Macam mana nak tempah??
Facebook - BroCharKueyTiow  (Pm Depa Okeh)
Instagram - brocharkueyteow (DM Depa Tau)
Whatsapp - 012-3375273 (text je jangan gatai nak call)
kalau nak g Lampuneon Cafe tu boleh ke alamat ni
BroCharKueyTeow@LampuneonCafe
Lot 8138,Jalan Ketoyong
35900 Tanjung Malim,Perak

Waktu Operasi : 5petang - 11 malam (Ahad-Jumaat)
takut sesat??? Waze kan ade

Biodata kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W


Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya..

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
•  Dibawa naik kelangit dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan 
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

والله أعلم...

21.12.15

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST JAN - JUN 2016





hai hai haiii..jom klik banner untuk join sya mimie dalam pencarian bloglist...:)

hehehe

moga ada rezeki mak garang dalam pencarian ini..wuhuuuuuuuuu

Tuala Wanita / Pad Kain

Cloth pad.
Kebaikannya memang nak elak melecet dan juga kesihatan wanita. Senggugut dikatakan berpunca daripada bahan kimia yang ada pada pad pakai buang sebenarnya…
pemakaian cloth pad ni senang je, ada button siap dah…
basuh pula, wajib pakai sabun yang tidak ada bahan pewangi, jadi kena invest sikitlah.. paling cikai pun, basuh pakai sabun basuh pinggan, tapi bilas banyak kali sampailah bersih hilang kesan sabun dan kesan darah…
Lepas pakai kalau tak cukup nak rotate, kena la basuh,..tapi kalau beli stok cp cukup untuk seminggu, tak payah basuh cepat2.. Kumpulkan dalam baldi lepas bilas darah, dah habis period nnt, masuk sahaja dalam mesin basuh, dan basuhkan … pakai sabun yang tiada pewangi ya…
keringkan kena pada cahaya mataharilah seeloknya supaya xde kuman yang hidup…
konsepnya, mestilah go green.. kurangkan pembuangan sampah… Cloth pad sangat2 menggalakkan bukit sampah dalam bumi kita. Bayangkan berapa ramai wanita period sebulan, seorang pakai hampir 24 pcs atau lebih… berapa juta sampah??
Pemakaian cloth pad, perlu ditukar dalam masa 3-4jam untuk elak kebocoran…sebenarnya konsep ini sama sahaja dengan pad pakai buang.. kena pakai 3-4jam jugak.. tapi ada juga yang sanggup pakai 1 pad satu hari, xtukar2… Kalau pakai pad kain, tukar kerap pun tak rugi sebab tak buang, kan???
Confirm jimat!mak garang pakai dah..100%
tak gatal
tak berbau
tak melecet
cantikkk

 Facebook  - HijoClothPad...
Blog - HijoClothPad

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif



klik banner!!!!!!!!!


jom join lagi.....segmen blogwalking tambah follower oleh AYU

mak garang mmang suka segmen gini....boleh jalan2 usha blog adik2 yang semuanya manis2!!!!!!!!!!!!!!

apa laaa hadiah misteri adik ni nak bagi eh?kot la ada rezeki anak2 mak...muehehehe mmuahhhh 

xoxo

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Okeyyyy semua kali ni mak garang nak join segmen blog Encik Kidal....eheheh mengisi masa yang lapang kat klinik kan...
so....kene jawab semua soalan berikut..meh join ramai2 tauu
     - Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
     - Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
     - Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?


soalan pertama
-sejak 2010 sebelum kahwin lagi dan skrg dah anak 2...ini kerana mak garang takde facebook..facebook medan sosial yang memeningkan kepala...kat blog laaa mak garang nak membebel tau..kalau kat facebook kang kene viral..ahaha

soalan kedua
idea dipetik dari isu semasa,perihal anak2,perihal mak2 dan kehidupan berkeluarga,walaupun mak garang tahu ramai blogger single mingle..aku je dah dewasa trang trang tang

soalan ketiga
selalunya mak garang rangka dulu nk tulis ape sbb mak seorang jururawat jadi masa sangat cemburu...hahahha selalu dalam 20-30 minit..mau sister mak marah woiiiittt..ahaha




Cepat Join Ramai2
Tarikh Tutup- 27 Disember 2015
Klik Banner dulu baru join tauuuuuuuuu







 

Mak Garang ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger