5.2.16

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH


Oleh : Dato Dr Fadzilah Kamsah






BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH:

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.


Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

3.2.16

SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL



MG terlalu busy sampai tak bukak blog dah seminggu...seminggu jugelah tangan MG ni bagai disiat2 sebab tak update dan blogwalking..haihhhhhhhh sorry pada yang terjah dan singgah blog MG..baru hari ni MG dapat terjah blog kome..
setelah di tag oleh Najwazahid MG pun join lah segmen dari Aina Akmal


follow blog - sudah
follow ig - sudah
follow page - sorry Aina Akmal MG tak de fb..:)


apakah memori yang paling bahagia tahun lepas?

alahaii banyak sangat lagi2 kalau dengan anak2 bujang MG yang tengah melasak dan banyak akal tu...hakikatnya bersama keluarga lah kebahagiaan tu sentiasa ada..tag suami  MG idris saad photography...heheheh

rakan blogger yang MG tag 

fanrdh :) 

hugs,
Mak Garang

29.1.16

Essential Oil by Adele Inspire

Kegunaan dan cara cara untuk mengaplikasikan EO blend by Adele Inspire

berminat boleh hubungi Adele Inspire

Tips Rawatan Semulajadi


Batuk
Demam
Selesema

Tu semua adalah salah satu penyakit dan virus yang biasa anak2 kecil akan dapat..Tak kiralah anak doktor ke anak jururawat ke anak petani ke...itu memang virus yang biasa...Pada MG penyakit tu umpama penceroboh yang mana askar dalam badan kita akan lawan untuk bina perisai (imunisasi) dalam badan..

Sentuh bab lawan2 virus ni MG memang lebih kepada rawatan semulajadi,sebab bebas kimia,bebas segala jenis merkuri semua tu...Tapi MG tak menentang sepenuhnya memandangkan MG pun nurse,jadi MG tau lah mana patut mana tidak..

MG nak share sikit beberapa tips remedi yang biasa MG buat untuk hero2 MG kalau virus2 gini dok kat diorang..


Sebenarnya ubatan kita yang sebenar adalah apa yang kita makan..ingat post MG pasal parasit?Parasit datang jika kita ambil kesemua makanan tanpa jagaan..Begitu juga dengan anak2..Contoh makanan di atas adalah makanan yang menggalakkan kehadiran mukus dan makanan untuk singkirkan mukus


Cerita bab mukus,batuk,selsema dan demam memang tak selesa pada kita,ini lagi kat anak2 kan?MG memang cerewet sikit bab2 jaga anak ni..dan MG tau semua mak2 nak yang terbaik untuk anak masing2..Jadi berpadalah agar apa yang kita buat,cakap,takkan buat orang kecil hati..



Garlic Oil ni ingat ye mak2 sebab ada pernah satu kes tu si emak letak selabu bawang putih tanpa bakar,itu akan buat kaki anak melepuh..bahaya tu..bukan salah bawang putih tu,salah teknik namanya..Ingat...bakar dulu bawang putih tu... :) caranya mcm kat atas tu..

gambar ehsan : kawan2 MG juge





Remedi untuk demam dan selsema MG selalu amalkan yang atas ni...Socks remedies ....ingat semua,apa pun yang kita nak buat semua kene berpada-pada,tenang,jangan gelabah...tak tau tanya,jangan main bedal je...Lemon dan cuka epal juga untuk turunkan suhu badan jika ada anak2 demam panas.

Cuma MG nak tegaskan kat sini,bila guna remedi semulajadi,memang kene banyakkan bersabar sebab anak2 kebanyakkannya akan protes apa yang kita buat,lagi2 socks remedies ni..ahah tak caya cuba lah...

Tak habis sabar,kene rajin juga..sebab buat sekali bukan terus baik..Kalau makan ubat pun sama juga,bukannya ubat tu menjanjikan pemulihan serta merta,

Yang paling utama,jaga pemakanan anak2..

TIDAK KEPADA

 Gula
Makanan berperisa
Makanan segera


MG cuma kongsi dan cerita apa yang patut jadi masing2 pandai jaga anak masing2 dan kalau setuju dengan apa yang MG post ni share pada semua...

ikhlas

MG






 

Mak Garang ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger