Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.
- Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
- Jangan gunakan tampon
- Jangan douche vagina anda
- Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
- Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
- Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
******Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.
No comments:
Post a Comment