11.5.11
... For Free!!!!! ...
9.5.11
... Ya Allah ...
2nd time preggy...
2nd time abort...
Ya Allah berat nya dugaan yang Kau beri pada kami....
Si kecil tidak dapat bertahan lama dalam rahim dan akhirnya dikeluarkan...
sememangnya penerimaan untuk semua ini dengan ikhlas tetapi bila kita duduk dgn khalayak ramai...kadang2 mereka x faham apa aku rasa..kerana mereka x pernah alami...
ada yang kata aku makan x cukup,ada yang kata aku aktif ada yang kate aku lasak la...x jaga la...
Siapa yang x bersyukur sekiranya Allah menganugerahkan zuriat pada hambaNya yang sah????
Kadang2 aku pun x faham dgn segelintir masyarakat...dulu aku susah nk memahami perasaan orang..kini setelah 2 kali aku mengalai cabaran yang pedih..aku faham erti zuriat itu...ada yang kahwin da 10 tahun pun masih belum dikurniakan zuriat..
Aku bersyukur kerana Allah beri kan ku saat rasa mengandung itu macam mana....
Mungkin kali ni aku kene lebih pantang n rancang dulu untuk beberapa bulan...supaya badan ku sihat dan semuanya baik..insyaallah...
"dalam hati ni orang yang pernah mengalami je akan faham apa makna semua ini"
27.4.11
1st time...+ 2nd time...another time
Anak sememangnya anugerah terindah yang diberi oleh Allah kepada setiap umatnya...Tetapi kita hanya merancang dan Dialah yang menentukan segalanya.....tanggal 24 disember 2010 aku kehilangan bayi dalam kandunganku dikala usianya baru 3 bulan...masih kecil....dan kecil...Takdirnya menuntut aku bersedih selama yang mungkin sehinggalah kini kandungan kedu2 berusia 8 minggu....Bayiku lemah dan lemah...Kali ini aku dan suami redha dengan ketentuanNya yang diuji kepada kami..
Sesungguhnya aku tidak kuat untuk menghadapi segala dugaan ini..Terlalu berat .....Tetapi segalanya telah ditulis diatas sana....aKu bersyukur dikurniakan suami yang banyak menenangkan aku,keluarga yang memahami keadaan ku..Sesungguhnya anugerah ini tidak ternilai harganya...Ia anugerah yang sangat berharga...Kita hanya mampu merancang,berdoa,berusaha,bertawakkal padaNya....
aNak2 ku...kamu anugerah yang amat mama n dady sayangi...sesungguhnya kamu todak lahir di dunia ini...insyaallah pasti kita akan berjumpa di atas sana...
Semua ini ku serahkan pada Nya agar berikan yang terbaik pada kami suami isteri..Ya Allah ku bersyukur Kau mengurniakan kami Zuriat walaupun sekejap...
Semoga di lain masa yang sesuai...insyaallah pasti ada rezeki lain untuk kami yang Kau berikan..




