11.1.16

Segmen Blog Review By Little Miss Snowflake



rajin nau nauu MG update blog..dengan rasa suka hati Mg join mana yang MG sempat...sebab pesakit2 Mg semua jeles dok mai sekarang pule..:)

terdetik tangan nak join Blog Review by adik manis ni Little Miss Snowflake




cara mudah semudah ABC cekodok hangit...

klik banner yang terkedip2 kat atas ni eh...

semoga semua berjaya tambah follower dan masuk dalam bloglist adik manis ni..:)


Segmen Blogwalking | Yaya Cendana







senang je nak join..korang ikut semua kat bawah ni..

1. Follow blog Yaya Cendana
2. Buat entry " Segmen Blogwalking | Yaya Cendana "
3. Copy link entry & paste di ruangan komen entry ini


16/01/2016 - 30/01/2016  tu tarikh dia..jadi,senang kan..haaa jangan cakap makgarang tak payung okehhh



6.1.16

Dilwale - Filem Yang Menghantui Penonton

Ingat lagi cerita Kuch Kuch Hota Hai & Kabhi Kushi Kabhie Gham yang menjadi beberapa filem yang berjaya menarik hati penonton Malaysia termasuklah MG...heheh..Dilwale muncul pada tahun ni nescaya akan meletop dan terasa bahang dan hangatnya filem dari Bollywood ni hoiii...kan!!!!



Filem Dilwale diterajui pelakon kacak bergaya walaupun dah berusia Shah Rukh Khan dan gandingan serasi SRK yang ramai ternanti2, Kajol. Satu gabungan paling cun dalam industi belah sana...Kita pun hilang rindu kan tgk lakonan depa..haishhhh haishhh...


Arahan mantap dari Rohit Shetty walaupun tempoh tayangan filem ini 2jam 38minit dalam panggung namun sedikit pun tidak membosankan. Malah ada adegan dalam filem ini membuatkan penonton terketawa dan tidak kering gusi dengan watak masing2. Sedikit sinopsis filem ini buat sapa2 yang tak tonton lagi di pawagam.



"Kisah mengimbau kembali cinta antara Kaali lakonan SRK dan juga Meera lakonan Kajol. Mereka adalah anak kepada dua orang gangster yang berpengaruh di sana. Namun rasa cinta yang kuat membuatkan mereka tetap ingin meneruskan cinta walaupun di tentang oleh keluarga masing2. Hingga 15 tahun yang mendatang kisah cinta mereka yang penuh duka itu tetap mekar dalam hati dan ia di buktikan dengan pertemuan yang tidak di sengajakan. Ini kerana adik kepada Kaali iaitu Veer lakonan Varun Dhawan dan adik kepada Meera iaitu Ishita lakonan Kriti Sanon telah jatuh cinta. Mereka mencuba untuk menyatukan semula hubungan cinta Kaali dan Meera ini untuk mendapat restu cinta mereka juga." Selebihnya kena tonton di pawagam ok.


Lagu2 dalam filem ini juga agak menarik cuma ada sesetengah lagu dah kurang ciri2 hindustan dari segi muzik dan juga tarian mereka. Kerana kehebatan filem hindustan adalah pada lagu dan tarian mereka. Tapi ia tetap menghiburkan dan memberi kenangan gembira mahupun sedih sepenjang tayangan filem ini. 


Lagu yang menjadi kegemaran dalam filem ini adalah Gerua nyanyian asal Arijit Singh dan Antara Mitra. Bukan sahaja nyanyia malah juga latar belakang sepanjang lagu ini di nyanyikan juga memukau penonton dengan semitografi yang menarik dan cantik di negara Itali. Lagu ini juga menjadi igauan di Malaysia kerana ia telah di terjemah kepada bahasa Melayu dan di nyanyikan oleh artis Malaysia. Gandingan Aliff Aziz dan Kilafary menjadi buat menyanyikan lagu ini versi Melayu.




29.12.15

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

hai hai haiiii jom memeriahkan segmen berikut!!!
makgarang memang suka,maklumlah baru berjinak2 berkecimpung dunia blogger....boleh tmbh ramai kawan...:*



#JOMTAMBAHFOLLOWER
#MAKGARANG




 

Mak Garang ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger